TEAM EKONOMI ISMA Sarawak adalah satu unit dibawah Jabatan bendahari yg ditubuhkan untuk membantu ISMA Sarawak mendapatkan kewangan untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya.
Objektif :
1. Meningkatkan ekonomi setiap ahli dengan pembentukan networking dan TEAM yg bantu membantu.
2. Membantu sedikit sebanyak kewangan ISMA
3. Menaikkan nama ISMA/ Promosi.
4. Membuatkan ISMA mampu berdiri sendiri dari segi kewangan tanpa mengharapkan bantuan pihak lain.
Objektif penubuhan website ini:
1. Untuk memasarkan produk-produk ISMA Sarawak yang terkini.
2. Untuk mencapai pasaran luar Sarawak dengan mekanisme jual beli yang ditetapkan.
3. Untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti bisnes semasa ISMA Sarawak
Produk-produk yang akan dipasarkan adalah seperti T-Shirt ISMA Sarawak, Blazer ISMA Sarawak, Buku-buku Tarbiyah, Buku-buku terbitan ISMA pusat, Buku-buku fikrah dan lain-lain. Selain itu juga kami juga akan memberitahu tentang aktiviti-aktiviti bisnes semasa ISMA Sarawak.
Jangan lepaskan peluang ini, sentiasa bersama kami di e-shop ISMA Sarawak